MALAYSIAKINI
TELUK INTAN Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil peluang dalam kempen pilihan raya
kecil Parlimen Teluk Intan hari ini untuk melancarkan satu projek lebuh
raya menghubungkan Banting dan Taiping.
Projek Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM5 bilion yang akan disiapkan
dalam tempoh lima tahun itu diumumkannya dalam satu majlis di bawah
jambatan Teluk Intan-Sitiawan pagi ini.
Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 233 kilometer itu diumumkan buat
pertama kali oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada
tahun 2010 dalam Belanjawan 2011.
Lebuh raya itu akan melalui Bagan Datoh, Teluk Intan, Lekir dan Sitiawan sebelum berakhir di Taiping.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata beliau yakin Teluk Intan dan kawasan
sekitarnya akan mengalami pembangunan pesat apabila lebuh raya itu siap
nanti.
Turut berucap ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir yang
berkata lebuh raya itu telah dirancang pembinaannya sejak ia diumum
perdana menteri dan ia hanya "kebetulan" dilancarkan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan