Beliau menjelaskan, jika usul persendirian itu dibawa oleh Umno terutamanya Perdana Menteri atau menteri Kanan usul itu akan menjadi usul rasmi kerajaan dan perkara itu sukar ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dan mudah untuk diluluskan.
"Kita tahu Umno tidak serius dalam pelaksanaan Hudud di Kelantan, jika mereka serius kita (PAS) menggesa parti itu membawa usul tersebut dan bukannya PAS.
"Saya pasti kita Umno sendiri yang bawa sudah pasti ia mendapat sokongan dari pemimpin Islam di dalam Barisan Nasional dan mendapat kelulusan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Menurut beliau lagi, Umno yang memimpin Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk meluluskan usul jika ia dibawa oleh mereka sendiri.
"Saya harap Perdana Menteri akan menggunakan peranan beliau dalam membawa usul ini, jika mereka benar-benar serius.
"Kalau itu hanya permainan politik mereka, pasti Umno tidak sanggup membawa usul tersebut dan terus menyerahkannya kepada PAS," sambung beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usul tersebut jika ia dibawa pada sesi parlimen akan datang.
"Kita akan bawa dan setiap pemimpin berhak untuk membahas sama ada menyokong atau menolaknya.
"Kita akur setiap keputusan kerana ia telah melalui proses demokrasi dan penolakkan tersebut dilakukan di parlimen.
"Kita bukannya memaksa semua pihak untuk menyokong apa yang kita bawa, apa yang pasti ia telah melalui satu proses demokrasi," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Dalam pada itu, Mahfuz turut meminta agar kerajaan memberi ruang kepada PAS untuk memberi penjelasan tentang hudud di media elektronik dan media cetak milik mereka agar kekeliruan kepada masyarakat bukan Islam dapat dikurangkan.
1 ulasan:
Tuan
Inilah cadangan saya dari mula isu ini. Jalannya senang: Pas Kelantan bawa satu usul dan kerajaan UMNO Terengganu bawa 1. Bentang bersama-sama.
Saya berpendapat begitu pertama kita dah kenal UMNO Baru ni sejak 25 tahun dulu. Lagipun sanggup ke UMNO korban ahli2nya di sabah yang terdiri dari bumiputra bukan melayu dan bukan Islam yang majoritinya kristian SERTA KERUSI-KERUSI DUN DAN PARLIMEN DI SABAH!....JAWAPANNYA TIDAK SESEKALI
Kedua, kita akui keikhlasan MB Kelantan dan Nik Amar dalam isu hudud ini. Sebagai rakyat Kelantan saya tahu sejauh mana kemampuan keduanya dalam siasah atau politik. Nik Amar pada saya hanya mampu menjadi pemimpin politik peringkat ranting atau cabang atau bahagian je....maaflah kalau bunyi kasar.
Dia masih blur usul yang hendak dibawa itu akan dibentang kepada satu suasana politik demokrasi ala barat yang kita tahu yang tiada batasnya , yang penuh tipu daya janji asal menang.
Yang lebih membimbangkan saya, jika Nik Amar mahu membawa usul ini sebagai satu strategi politik untuk menaikkan saham atau kredibiliti kerajaan PAS Kelantan kerana tidak mampu membawa pembangunan walaupun ala kadar seperti kerajaan PAS dibawah Tok Guru.
Akhirnya usul ini gagal kerana UMNO Baru sekadar bermain politik sahaja untuk menjahanankan Pakatan Rakyat menggunakan PAS dan isu hudud Nik Amar ini.
Tanda-tanda permainan UMNO Baru ini s3makin jelas dengan k3nyataan Zahid Hamidi yang m3mpersoalkan keikhlasan PAS membawa isu hudud ini.
Disinilah kelemahan sesetengah p3mimpin PAS. Kalaulah kefahaman tentang realiti dan permainan politik sistem demokrasi ala barat ini difahami sebagaimana mereka memahami kitab-kitab muktabar - tak mudah untuk UMNO Baru menjerat PAS dengan pelbagai isu yang merugikan PAS. Islam itu indah dan sempurna. Kerana tak reti bermain dan membaca permainan politik d3mokrasi ala barat dengan cara Islam, maka Islam sentiasa nampak hodoh dan kolot.
Catat Ulasan