MALAYSIAKINI
Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat empat
bangunan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian
9.40 malam itu, Tan Chiu Chuan, 72, yang dimasukkan ke wad hospital
berkenaan pada hari Selasa akibat serangan jantung, meninggal dunia di
tempat kejadian.
"Warga emas dari Kampung Baru Triang dekat Bera itu dikatakan terjatuh dari tingkat empat bangunan hospital berkenaan.
"Bagaimanapun polis sedang menyiasat sama ada mangsa terjatuh atau
bertindak terjun dari bangunan itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan