Oleh Subky Latif
Tiada yang paling lucu selepas Empi Umno Bung Mokhtar mengagumi Hitler setelah Jerman menjadi
juara Piala Dunia selain dari pendapat peguam Umno, Harfarizan betapa
Dr Wan Azizah Ismail tidak layak jadi Embi Selangor atas gangguan
datang bulan – heidh.
Ia lucuan ketiga Umno yang ditertawakan orang dalam bulan puasa ini.
Yang
pertama ulasan Presiden Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
atas kekalahan bola Brazil, justeru tiada kepimpinan yang elok.
Sekaligus menggelikan semua kerana tamsilnya boleh disamakan
dengan kepimpinannya dalam kerajaan dalam pasukan bola Brazil.
Kedua, Bung Mokhtar mengagumi Hitler sambil mengkagumi Jerman.
Yang ketiga paling lucu dan dirasakan amat tidak cerdik ialah peguam
Umno atas kelayakan Dr Wan Azizah untuk jadi menteri besar Selangor
hanya keselesaan mengiringi Sultan apabila datang bulan.
Perbinangan di Selangor sekarang bukan tentang hukum fikah wanita Islam
untuk memimpin tetapi fikah menjadi menteri besar Selangor.
Peguam itu seolah-olah berada di mahkamah, cuba menggunakan soal
teknikal bagi menolak Adun Kajang itu jadi menteri besar. Lain-lain
tidak diusiknya. Satu saja, kekangan mengiringi Sultan semasa datang
bulan.
Saya mahu jadi loyar buruk juga, tidak berbangkit Dr Wan
Azizah datang bulan justeru usianya sudah melewati masalah itu.
Lainlah kalau Nurul Izzah atau mana-mana pemimpin Puteri Umno hendak
dicalonkan.
Ajaiblah dengan usianya sekarang dia boleh datang
bulan lagi. Justeru kekangan itu sudah tidak berbangkit lagi, hujah
loyar Umno tertolak.
Jika dia dirasakan tidak boleh jadi
menteri besar adalah atas sebab lain, bukan kerana tabi’e kesuburan
sebagai seorang wanita.
Cara berfikir peguam Umno itu ketinggalan lama dan amat tua, bulan sekadar sepuluh atau dua puluh tahun.
Beribu tahun hingga ke zaman Puteri Balqis dan Nabi Sulaiman. Dari
segi fikah ada tidak keselesaan bagi wanita menjawat jabatan dan kerja
tertentu sebab masalah bulanan itu, tetapi fikah juga ada kelonggaran
dan jalan keluar atas satu-satu halangan.
Mungkin dalam persoalan keadilan yang memerlukan keputusan segera, ada gangguan keuzuran wanita itu jika tidak terkawal.
Tetapi dengan penemuan saintifik, banyak halangan dapat diselesaikan, ada jalan keluar dalam masalah itu.
Dunia sekarang sudah berdepan dengan perkembangan laju, wanita sudah
berkerjaya dan ramai yang menjadi raja dan jawatan politik tinggi, maka
soal kedatangan bulan tidak banyak menjadi gangguan lagi.
Kita
tidak usah bincangkan tentang wanita sekarang jadi presiden, perdana
menteri dan lain-lain, dalam sejarah besar Islam ada raja besar wanita
yang kepintarannya melebihi lelaki dalam masyarakatnya, iaitu Ratu
Balqis di Yemen purba.
Ia dapat mengelakkan ancaman taklukan Nabi Sulaiman keatas negara dan rakyatnya. Akhirnya berkahwin dengan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman tidak menyaratkan turun takhta kerana dia wanita. Dia
tetap menjadi raja setelah menjadi suami isteri, tentulah ada
perkongsian dalam pentadbiran.
Cuma galakan wanita tidak
merebut jawatan tinggi, bukan kerana kekangannya sebagai wanita, tetapi
wanita itu ada peranan besar membangunkan anak-anak supaya anak itu
tidak diasuh oleh orang lain.
Jika anak itu diasuh oleh orang lain, ibu tidak dapat menentukan pembawaan anakdan keluarga.
Rasanya tidak ada malu yang dihadapi oleh Umno dalam masa ia kurang stabil sekarang selain dari kelucuan peguamnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan