MALAYSIAKINI
Menteri Luar New Zealand Murray McCully berkata, jika diplomat Malaysia
yang dituduh terlibat dalam serangan seksual di Wellington tidak dibawa
ke muka pengadilan, hubungan antara kedua-dua negara pasti terjejas.
McCully dilaporkan berkata Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) jelas
mahukan diplomat itu, yang kini berada di Malaysia, didakwa, lapor
stuff.co.nz.
Beliau juga dilapor berkata, akan terdapat kesannya jika New Zealand tidak melihat keadilan telah dilaksanakan.
“Ia akan mempunyai kesan berhubung bagaimana kita berurusan dengan
negara berkenaan,” beliau dipetik sebagai berkata, tanpa menamakan
Malaysia atas alasan kekebalan imuniti.
Mengulas berhubung pertemuan pegawai MFAT dan ketua misi Malaysia di New Zealand, beliau berkata:
“Pendirian kerajaan New Zealand telah dinyatakan dan ketua misi diminta
menyampaikan pandangan-pandangan itu (kepada kerajaannya).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan