Roketkini.com
KUALA LUMPUR, : DAP menggesa kerajaan
mempertimbangkan semula pengagihan portfolio Menteri yang dilihat tidak
mencerminkan kewibawaan barisan kabinet, sebaliknya hanya mengisi
kekosongan, kata Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.
Katanya, pengagihan baru dibuat Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mencerminkan kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya
pelantikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk menguruskan Hal
Ehwal Agama Hindu di Jabatan Perdna Menteri (JPM).
“Melantik Mah ke portfolio Hal Ehwal Agama Hindu
seolah-olah membuktikan tidak ada pemimpin kaum India dalam BN yang
layak menguruskannya.
“Mah bukan penganut Hindu dan tidak tahu hal keagamaan
Hindu, jadi bagaimana beliau hendak mengurus tadbir hal ehwal agama
Hindu?,” kata Nga dalam kenyataan.
Selain portfolio tersebut, Mah turut berperanan termasuk
mengawasi Unit Inovasi Khas (UNIK) di JPM, Kumpulan Industri-Kerajaan
Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan kebajikan peniaga kecil Cina.
Tambah Nga yang juga Penolong Bendahari DAP, kabinet baru Malaysia yang terlalu besar ini telah menjadi jenaka antarabangsa.
“Jumlah 35 orang Menteri dan 27 orang Timbalan Menteri mengikut nisbah penduduk adalah paling ramai di dunia.
“Malaysia kononnya mempunyai ‘dasar pandang ke timur’, tapi
negara Jepun hanya mempunyai 16 orang Menteri walaupun bilangan
penduduk seramai 120 juta orang,” ujarnya.
Tegas Nga, Australia juga hanya memiliki 18 orang Menteri sahaja, sementara Amerika Syarikat 23 Menteri.
“Jika kita bandingkan dengan India yang mempunyai 1 bilion
penduduk, jumlah anggota Kabinet negara demokrasi terbesar di dunia itu
hanya 28 orang sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan