Roketkini.com
KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan mencari jalan
terbaik bagi mengesahkan spekulasi bahawa Russia telah membekalkan
senjata berat kepada puak pemisah di Donetsk, Timur Ukraine, yang
menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pengesahan itu
perlu dibuat kerana beberapa laporan menyebut bahawa Russia telah
menghantar tentera mereka membantu puak pemisah tersebut.
“Kita harus mengesahkan jika Russia turut bertanggungjawab membantu puak pemisah melancarkan roket yang menjatuhkan MH17.
“Kita tidak boleh takut-takut menggunakan apa sahaja
pengaruh yang ada untuk memberi tekanan demi mendapatkan kebenaran,”
katanya dalam perbahasan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini.
“Malaysia telah membeli 18 pesawat pejuang Sukhoi 30-MKM
bernilai US$ 900 juta (RM3 bilion) pada bulan Ogos 2003. Pesawat ke-18
dan yang terakhir, baru sahaja dihantar pada bulan Ogos 2011.
“Jika Malaysia belum lagi menyelesaikan pembayaran untuk
pesawat-pesawat ini, kita harus bersedia menangguhkannya, jika perlu,”
ujarnya.
Program Angkasawan Negara bermula pada 2003 apabila
kerajaan Russia bersetuju menghantar rakyat Malaysia ke Stesen Angkasa
Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 18
jet pejuang Sukhoi 30-MKM buatan negara itu.
Tambah Guan Eng, sekatan yang dicadangkan masyarakat
antarabangsa terhadap Russia juga wajar dipertinbangkan kerajaan.
-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan