Masyarakat Orang Ulu dan NGO, yang menentang pembinaan Empangan Baram, menuntut pengunduran Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
“Dia malah tidak dapat memahami perit jerih dan kesengsaraan rakyat yang terjejas dengan empangan Bakun dan Murum,” kata Pengerusi Save Rivers Network Sarawak Peter Kallang.
“Dia mahu paksa masyarakat pribumi Baram terima cadangan pembinaan empangan Baram.
“Bagaimanapun, penduduk peribumi menentangnya kerana mereka lebuh tahu berbanding dia, yang ditempatkan semula di Sungai Asap di Bakun dan Tegulang serta Matalun di Murum sekarang menderita,” kata Peter.
Save Rivers dianggotai beberapa NGO yang bergabung.
Jabu pada Isnin mengeluarkan amaran keras kepada aktivis alam sekitar dan hak asasi manusia supaya tidak campur dalam urusan Baram dan masa depannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan