Safiq Yaacob
KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyedari
bahawa mereka bukan merupakan parti dominan di Negeri Selangor sebelum
membuat keputusan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddun Tun Hussein berkata,
keputusan untuk melantik Ahli Parlimen Kajang, Datuk Seri Wan Azizah
sebagai menteri besar yang baharu perlu mendapat persetujuan daripada
PAS yang merupakan parti dominan di dalam Selangor.
"PKR perlu sedar bahawa mereka bukan majoriti di Selangor, jadi sebarang
keputusan melibatkan Menteri Besar perlu mendapat persetujuan daripada
PAS dan DAP.Di dalam hal ini kita tahu bahawa mereka tiada persetujuan
seperti yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Dan dalam hal ini juga awal-awal lagi kita dah tahu bahawa kerajaan
negeri telah berjalan dan saya mahu persoalkan juga apa pendirian DAP
dan PAS," ujarnya.
Sebelum ini, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
telah menetapkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ianya diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan