HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Julai 2014

Ramai penyelidik HIV/Aids dipercayai naik MH17

MALAYSIAKINI



 


Akhbar The Guardian melaporkan sekitar 100 penyokong dan penyelidik HIV/Aids terkemuka di dunia mungkin antara penumpang MH17, dan ia dianggap sebagai tamparan "dahsyat" kepada usaha-untuk menangani penyakit itu.

Menurutnya, delegasi di sesi pleno yang diadakan menjelang persidangan Aids 2014, diberitahu bahawa pertukaran emel menunjukkan kira-kira 100 hadirin telah menempah penerbangan MH17 itu.

Tidak ada pengesahan rasmi mengenai jumlah penyelidik yang menaiki pesawat tersebut.

Menurut Interfax, militan Republik Rakyat Donetsk bersedia untuk mengumumkan gencatan senjata bagi membolehkan penyiasat dan anggota penyelamat MH17 pergi tempat nahas tersebut.

Tiada ulasan: