Safiq Yaacob
SEPANG - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein hari ini memberitahu bahawa pihaknya akan memastikan bahawa
siasatan terperinci serta telus dapat dilakukan bagi merungkai tragedi
pesawat MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia.
Hishammuddin berkata, beliau telah menghubungi beberapa pihak dari
negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi memastikan siasatan di
kawasan kejadian dapat dijalankan dengan baik serta selamat daripada
sebarang ancaman.
"Ia amat jelas apa yang paling penting untuk kami(Kementerian
Pertahanan) adalah memastikan semua pasukan yang telah dihantar ke
tempat kejadian berada dalam keadaan yang selamat.
"Dan yang kedua kita mahu memastikan siasatan yang dilakukan merupakan
siasatan yang sangat telus dan sempurna tentang apa yang telah terjadi.
"Untuk itu kita perlu mendapat kerjasama antarabangsa yang baik dan saya
telah bercakap dengan beberapa pihak antaranya pimpinan dari Amerika
Syarikat, China dan United Kingdom," katanya di Lobi Hotel Sama-Sama di
sini hari ini.
Beliau dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Hishammuddin turut memberitahu, maklumat sebenar mengenai kejadian
tersebut termasuk dalang yang didakwa telah menembak jatuh pesawat
tersebut belum dapat diketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan