Mihai percaya dia dihubungi mendiang neneknya dari
'alam lain' menerusi gambar selfie yang ditemui di dalam telefon
bimbitnya. Foto CEN
SEORANG wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari 'kubur' dengan mengirimkan gambar selfie.
Gina
Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di
dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba
untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib
memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum 'di dalam kehidupan lain'.
"Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit," katanya.
Mihai
berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor
ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej
kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai
gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati.
Tambahnya:
"Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang
kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk
menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya
merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan
dosa.
Mihai
percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak
membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi
yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. -
metro.co.uk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan