Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), hari ini
mengeluarkan amaran kategori kedua berhubung angin kencang dan laut
bergelora.
Dijangkakan, angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60
kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5
meter berlaku berterusan di kawasan perairan Samui, Tioman, Condore,
Bunguran, Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan, Sulu dan
Palawan, sehingga 4 Januari ini.
Merujuk
laman seswang JMM, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu
berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap
ikan dan perkhidmatan feri.
Amaran ribut petir menyeluruh turut berlaku di perairan Tioman,
Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulawesi
dijangka berterusan ,sehingga petang ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan
laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya
kepada bot kecil.
Sementara itu, angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kmsj
dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di
kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak,
Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat) dan Wilayah
Persekutuan (WP) Labuan , sehingga 4 Januari ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Pada masa sama, aktiviti ribut petir juga berlaku di perairan Sabah
meliputi Kudat dan Pantai Barat, WP Labua, Sarawak dan Selangor serta
Johor, sehingga petang ini.
Semalam, JMM turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga
dengan hujan sekejap-sekejap,
kadangkala sederhana di Sabah iaitu di
Kudat, Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan serta WP Labuan yang
dijangka berterusan sehingga hari ini.-NFN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan