KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak
perlahan malam ini kerana orang ramai kembali menuju ke destinasi
masing-masing selepas menghabiskan cuti sempena perayaan Tahun Baharu
Cina.
Seperti di awal minggu ini semasa bermulanya cuti perayaan itu, kira-kira 1.5 juta kenderaan dijangka menggunakan semua lebuh raya utama hari ini untuk ke destinasi mereka, kata Timbalan Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat Plus Malaysia Berhad, Iskandar Zulkifli.
"Trafik mula sesak sejak pagi tadi dan dijangka beransur reda dari 2 pagi hingga 4 pagi," katanya ketika dihubungi malam ini.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd pula melaporkan di kawasan utara, kenderaan bergerak perlahan dari arah Perai menuju ke Pulau Pinang dan dari arah Bandar Baru Pulau Pinang menuju ke Jawi.
"Kenderaan juga dilaporkan perlahan dari Bukit Berapit ke Kuala Kangsar dan dari Kuala Kangsar ke Sungai Perak. Begitu juga laluan di Kuala Kangsar ke Bukit Berapit turut dilaporkan sesak," katanya kepada Bernama.
Bagi arah selatan, kenderaan dilaporkan sesak di Hentian Pedas Linggi menuju ke Seremban dan dari Bukit Gambir menuju ke Yong Peng.
Trafik juga sesak dari Yong Peng menuju Ayer Hitam dan dari Sedenak menuju ke Kulai Jaya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik bergerak perlahan dari Tol Karak menuju ke Bukit Tinggi dan dari Plaza Tol Gombak menuju ke ibu kota.
"Di Lebuhraya Pantai Timur Dua, kenderaan juga bergerak perlahan dari arah Cheneh, Kemaman ke Plaza Tol Jabor," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan