Nik Nazmi dibebaskan dari tahanan
 
 
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang ditahan polis bagi membantu siasatan kerana berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sogo dibebaskan jam 2 pagi tadi.

Difahamkan, Nik Nazmi dibebaskan selepas polis merakam percakapannya semalam.

Dia ditahan di rumahnya di Denai Alam semalam sehari selepas menyertai perhimpunan itu.

Selain Nik Nazmi antara pemimpin yang hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Ketua Koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis anak muda, Adam Adli yang telah ditahan semalam.

Bagaimanapun, Fariz dan Adam dibebaskan dari lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.15 pagi semalam.

Susulan penahanan ini, PKR mengeluarkan satu kenyataan memberitahu bahawa Nik Nazmi telah ditahan di rumahnya di Denai Alam dan sedang dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR tidak tunduk kepada tekanan]

Semalam, Fariz dan Adam ditahan sewaktu menghadiri perhimpunan 'Kita Lawan' di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.

Himpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti untuk pembebasan ketua pembangkang itu yang didakwa menjadi tahanan politik dalam kes liwat II.