SHAH ALAM - Kerajaan hanya akan membayar insentif kepada nelayan yang
mendaratkan ikan sekiranya mereka menggunakan jeti Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) sahaja bermula 1 Mac ini.
Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pembayaran sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram tangkapan selepas proses penimbangan dilakukan di hadapan pegawai bertugas.
“Semua pembayaran yang dibuat kepada mereka yang mendaratkan di jeti swasta sebelum ini akan dihentikan.
“Sehingga kini, terdapat 45 jeti kompleks LKIM seluruh negara yang membolehkan nelayan berbuat demikian selepas mematuhi segala syarat yang ditetapkan,” katanya hari ini.
Katanya, bermula 1 April pula, pembayaran akan melibatkan jeti persatuan nelayan iaitu kebanyakannya nelayan sampan dan LKIM masih mengenal pasti jumlah jeti yang akan terlibat.
Ketika ditanya mengenai persediaan LKIM, beliau berkata, agensi itu bersedia dengan infrastruktur sedia ada.
“Pada tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan sehingga RM624 juta bagi memberikan insentif ini kepada nelayan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan