"Musuh kita hanyalah Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata menteri besar Selangor itu.
"Dan kalau ada pihak, termasuk PAS yang terus komited dengan agenda bersama PR, maka sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan PAS dan mana-mana parti politik yang mempunyai dasar perjuangan sealiran dengan PR.
Khamis lalu Dr Wan Azizah berkata, PKR masih mahu bekerjasama dengan PAS, mengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.
Beliau turut menepis bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mahu PAS bersama PR2.0, mengatakan ia pendapat peribadi salah seorang pemimpinnya, merujuk kepada Mohamed Hanipa Maidin.
Hanipa sebelum ini berkata, langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan atau menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.
Bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyebut PAS apabila beliau baru-baru ini berkata, kehadiran Amanah akan meningkatkan kerjasama antara parti pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan