shahbudindotcom
Pertanyaan paling banyak diajukan mengenai himpunan baju merah di Padang Merbok petang semalam itu berapakah angka sebenar jumlah peserta yang menghadirinya?
Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa mengumumkan kehadiran ialah 250 ribu peserta.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar mengatakan kehadiran peserta seramai 200 ribu orang.
Persatuan Silat Kebangsaan atau Pesaka juga mengatakan kehadiran ialah 200 ribu orang.
Presiden Persatuan Veteran Tentera, Ali Baharom atau Ali Tinju menyatakan kehadiran berjumlah 500 ribu orang.
Seorang jurucakap di ibu pejabat UMNO pula menganggarkan kehadiran sekurang-kurangnya 150 ribu orang.
Jadi, mana satu yang betul?
Sebelum
itu, harus disedari bahawa Padang Merbok tidaklah sebesar mana
keluasannya. Ia mungkin sama atau lebih besar sedikit daripada saiz
sebuah padang bolasepak saja. Kawasan jajaran atau tepi padangnya juga
tidak seberapa.
Seorang
rakan yang pernah bekerja di DBKL memberitahu, muatan Padang Merbok
yang sebenar adalah antara 40 hingga 45 ribu orang saja, itu pun jika
disusun padat berhimpit-himpit lebih kurang macam ikan dalam tin sardin.
Saya
juga menghubungi dua tiga rakan yang turut hadir di Padang Merbok dan
masing-masing memberitahu jumlah peserta antara 50 ribu hingga 70 ribu
orang ramainya.
Saya
tidak lupa menghubungi seorang wartawan yang bertugas di Padang Merbok
dan diberitahu kehadiran peserta adalah antara 40 ribu hingga 45 ribu
orang saja.
Wartawan
tersebut juga memberitahu, berdasarkan perbualannya dengan seorang
anggota polis yang bertugas, beliau dimaklumkan angka kehadiran
berdasarkan jangkaan pasukan keselamatan adalah di bawah 50 ribu orang.
Angka rasmi polis Kuala Lumpur yang dikeluarkan lewat malam tadi menyebut kehadiran baju merah ialah 35 ribu.
Maka, di mana datangnya angka 500 ribu, 250 ribu, 200 ribu dan 150 ribu itu?
Katalah
kita ambil angka paling tinggi iaitu 70 ribu orang sebagaimana yang
diberi oleh salah seorang rakan saya tadi, ianya bukan saja jauh lebih
kecil daripada kehadiran 500 ribu dalam Bersih 4, malah tidak melebihi
pun jumlah penonton bolasepak di Stadium Bukit Jalil untuk menonton aksi
Safee Sali, Safiq Rahim, Apek dan lain-lain pemain kebangsaan yang
biasanya sekitar 100 ribu orang.
Maknanya,
himpunan baju merah yang tujuan besarnya ialah untuk menyokong dan
mempertahankan Najib tidaklah sehebat mana kejayaannya. Menandingi
jumlah penonton bolasepak pun tak terdaya.
Itu
pun kehadiran dalam himpunan baju merah ini rata-ratanya diangkut entah
dari mana-mana datangnya. Tidak seperti Bersih 4 yang mana kehadiran
peserta adalah secara sukarela dan kerana gerak hati, di sepanjang jalan berhampiran Padang Merbok, Masjid WP, Masjid Negara dan PWTC, sejak pagi tadi penuh dengan beratus buah bas daripada pelbagai negeri.
Ini
bermakna kehadiran peserta adalah kerana diangkut, dihadiahkan baju T
percuma, diberi makan dan sedikit elaun atau wang poket. Dalam Bersih 4
tidak terlihat walau sebiji bas sewa atau bas sekolah pun berhampiran
Dataran Merdeka.
Sesetengahnya
pula, terutama makcik-makcik Felda, mungkin tidak dimaklumkan pun
tujuan kedatangan mereka ialah untuk menghadiri himpunan baju merah,
sebaliknya hanya diberitahu mengenai lawatan singkat atau jalan-jalan ke
Kuala Lumpur saja.
Tetapi
kepada penganjur, orang-orang tertentu yang berucap berapi-api di atas
pentas atau mereka yang dapat bercakap terus dengan Najib selepas ini,
kehadiran dalam himpunan baju merah ini sudah memadai untuk dibuat
geli-geli atau bahan melobi bagi mengkhayalkan Perdana Menteri.
Sama
ada jumlahnya tidak dapat menandingi kehadiran Bersih 4, lebih kecil
daripada penonton bolasepak, tidak memadai dengan jumlah ahli UMNO
seramai 3 juta atau sebagainya, tidaklah penting bagi mereka.
Sebab itu lain pengampu lain angkanya. Ada yang 500 ribu, 250 ribu, 200 ribu dan 150 ribu.
Yang
penting ialah telinga Najib dapat ditiupkan sehingga geli dengan
nyanyian lagu syurga dan jumlah kehadiran serta semangat para peserta
himpunan akan digambarkan seolah-olah sudah memadai untuk membuatkannya
terus bertahan di Seri Perdana sehingga bila-bila.
Kemudian
akan disusulilah dengan mengajukan permintaan atau mengharapkan Perdana
Menteri memberi apa-apa saguhati. Yang timbalan menteri mengharapkan
jadi menteri, yang ahli parlimen atau bekas menteri mendambakan dilantik
semula atau dijadikan pengerusi mana-mana agensi.
Ketua UMNO bahagian pula mengharapkan dilantik senator, diberi projek, permit dan sebagainya.
Pengerusi
NGO-NGO pula tentunya berharap mendapat bantuan kewangan atau diberi
projek segera untuk memudahkan terus bergerak dan bersuara.
Meriahlah
Najib selepas ini dikunjungi dan dicium tangannya oleh mereka yang
berhajat tadi. Inilah masanya menahan lukah di pergentingan dan
mengambil kesempatan di ketika Najib dalam kesempitan.
Habis,
orang-orang Melayu dapat apa melalui himpunan baju merah ini? Apakah
semua 15 tuntutan yang diminta akan dipenuhi oleh kerajaan?
Jawapannya, Melayu tidak dapat apa-apa dan tiada tuntutan yang akan diambil serius oleh kerajaan.
Malah
disebabkan api perkauman yang ditiupkan melalui himpunan baju merah ini
akan menyebabkan Najib terpaksa mengeluarkan macam-macam belanja,
peruntukan dan skim kemudahan kepada pelbagai kelompok pengundi bukan
Melayu dengan harapan mereka terus bersama kerajaan dalam pilihanraya
akan datang.
Itulah gaya politik Najib selama ini.
Sepanjang jalan di sekitar Padang Merbok penuh dengan bas daripada pelbagai negeri yang menunjukkan peserta adalah didatangkan khas untuk himpunan baju merah ini.
Tidak seperti Bersih 4 yang tidak diberikan permit tetapi berlangsung dengan aman, himpunan baju merah walaupun diberikan permit tetapi tetap berlaku pertembungan dengan pihak polis.
Kehadiran peserta baju merah tidak dapat menandingi jumlah Bersih 4 yang lalu.
Jumlah kehadiran peserta himpunan baju merah berdasarkan penilaian pihak polis KL ialah 35 ribu saja.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan