Oleh: NAZLI IBRAHIM
KAJANG: Penghasilan sisa pepejal berada ditahap membimbangkan ekoran kajian menunjukkan purata setiap seorang mampu menghasilkan 0.8 kilogram sisa pepejal sehari.
Jumlah itu menjadikan secara keseluruhannya dua juta tan sisa pepejal setahun dikumpulkan sekaligus meletakkan Selangor di antara negeri yang menghasilkan sisa pepejal terbanyak.
Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, sisa pepejal di negeri itu dijangka terus meningkat dan menyebabkan tapak pelupusan sampah sedia ada tidak dapat menampung sisa pepejal yang ada.
“Hampir
80 peratus daripada sisa pepejal domestik di Selangor dihantar terus ke
tapak pelupusan sampah, malah tapak pelupusan utama di Selangor
dijangka hanya mampu menampung pembuangan sisa pepejal hingga 2023,”
kata Hian Wah.
Hian Wah berkata demikian dalam ucapan pelancaran Projek Perintis Kitar Semula bagi Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor 2015 yang diadakan di Seksyen 7, Bandar Sungai Long di sini, hari ini.
Jelas beliau, penghasilan sisa pepejal tidak terkawal juga menyumbang kepada pencemaran air dan udara serta mampu menyebabkan penularan penyakit seperti denggi, kencing tikus dan lain-lain.
Katanya, Kerajaan Negeri memandang serius perkara itu dan berusaha memperbaiki sistem pengurusan sisa pepejal di semua peringkat.
“Kerajaan Negeri kini dalam perancangan mewujudkan polisi pengurangan sisa dengan mengurangkan jumlah sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.
“Melalui polisi ini, diharapkan dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal di samping meningkatkan aktiviti kitar semula,” kata Hian Wah lagi.EZY
KAJANG: Penghasilan sisa pepejal berada ditahap membimbangkan ekoran kajian menunjukkan purata setiap seorang mampu menghasilkan 0.8 kilogram sisa pepejal sehari.
Jumlah itu menjadikan secara keseluruhannya dua juta tan sisa pepejal setahun dikumpulkan sekaligus meletakkan Selangor di antara negeri yang menghasilkan sisa pepejal terbanyak.
Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, sisa pepejal di negeri itu dijangka terus meningkat dan menyebabkan tapak pelupusan sampah sedia ada tidak dapat menampung sisa pepejal yang ada.
Hian Wah berkata demikian dalam ucapan pelancaran Projek Perintis Kitar Semula bagi Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor 2015 yang diadakan di Seksyen 7, Bandar Sungai Long di sini, hari ini.
Jelas beliau, penghasilan sisa pepejal tidak terkawal juga menyumbang kepada pencemaran air dan udara serta mampu menyebabkan penularan penyakit seperti denggi, kencing tikus dan lain-lain.
Katanya, Kerajaan Negeri memandang serius perkara itu dan berusaha memperbaiki sistem pengurusan sisa pepejal di semua peringkat.
“Kerajaan Negeri kini dalam perancangan mewujudkan polisi pengurangan sisa dengan mengurangkan jumlah sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.
“Melalui polisi ini, diharapkan dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal di samping meningkatkan aktiviti kitar semula,” kata Hian Wah lagi.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan