THE RAKYAT POST
Bekas Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (belakang) hadir di Himpunan
Harapan Semua (Harap) 3.2 yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang di Pulau Serai, Dungun dekat sini malam tadi. - Foto
Facebook Ustaz Saiful Bahri Mamat
KUALA LUMPUR, Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR Ogos lalu, mengakui ada
menerima tawaran untuk menyertai Pas.
Bagaimanapun, Khalid berkata beliau masih
belum mempertimbangkan tawaran tersebut kerana mempunyai beberapa
perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR,” katanya yang dilapor Harakah Daily selepas
menghadiri Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 yang dirasmikan Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pulau Serai, Dungun dekat sini malam
tadi.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga merasakan terdapat ketidakadilan dalam PKR sehingga beliau dipecat.
Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan mengosongkan jawatan Menteri Besar Selangor.
“Saya sedang tunggu keputusan itu. Untuk
itu saya kena jaga tatacara untuk kepentingan politik. Saya akan tunggu
dulu,” ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.
Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemputnya hadir pada majlis perasmian Harap 3.2 itu.
“Saya sangat berbesar hati bahawa Pas
sudi terima pandangan dan perhatian saya. Saya rasa perjuangan Pas dapat
diteruskan dengan mereka yang berminat dengan Islam,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan