HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 September 2015

Najib Laung Amaran, Jangan Carik Maruah Orang Melayu

Syafiq Yaacob 




KUALA LUMPUR  - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran supaya jangan sengaja mencarik maruah bangsa Melayu di negara ini.

Najib berkata, keamanan dalam negara yang dikecapi selama ini adalah kerana sikap adil dan bertimbang-rasa kaum Melayu terhadap bangsa lain di negara ini.

"Kita menghormati kaum-kaum lain, tapi jangan lupa, orang melayu juga ada perasaan, orang melayu juga ada hadnya. Kalau orang lain hormat kepada orang melayu, orang melayu akan hormat kepada orang lain.

"Kita hidup dalam sebuah negara yang semakin hari semakin aman dan semakin makmur sebab orang Melayu sentiasa bertimbang-rasa kepada orang lain, orang Melayu bersikap adil dari dulu sampai sekarang, dia adil sesamanya dan adil dengan kaum yang lain.

"Ini orang Melayu, tapi jangan carik-carik maruah orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Himpunan Silat Pesaka Merdeka di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan, himpunan yang berjaya diadakan pada Rabu lalu juga merupakan mesej jelas agar setiap kaum di negara ini menghormati antara satu sama lain.

Katanya, selain itu himpunan itu jelas memberi peringatan bahawa kerajaan pada hari ini tidak boleh sewenang-wenangnya ditumbangkan melalui demonstrasi jalanan.

"Kerajaan pada hari ini telah dipilih oleh rakyat dan proses demokrasi mesti berjalan.

"Kerajaan tidak boleh ditukar melalui demonstrasi jalan, kerajaan yang ada pada hari ini jangan orang fikir tiada sokongan," ujarnya.


Tiada ulasan: