KUALA LUMPUR - Silat, salah satu seni mempertahankan diri Melayu, hari ini diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi Malaysia.
Pengiktirafan tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak dalam ucapan rasmi Himpunan Silat Pesaka Merdeka 2015 di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.
"Sebagai hadiah, pengiktirafan, dan penghargaan atas kesetiaan pesilat-pesilat negara ini, hari ini silat diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara," kata Najib.
Perisytiharan itu diumumkan di hadapan hampir 20,000 pesilat dari seluruh negara sempena Himpunan Silat Pesaka Merdeka 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan