Shafie meminta supaya pihak tertentu tidak terlalu defensif dan menerima nasihat yang dibuat Gabenor Bank Negara.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz bahawa orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran tentang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menunjukkan beliau mempunyai niat baik.
Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal berkata, ia menunjukkan beliau ingin berkongsi maklumat untuk dengan rakyat.
Mengulas mengenainya, Ahli Parlimen Semporna itu meminta pihak tertentu supaya tidak terlalu defensif, sebaliknya pandangan yang dibuatnya perlu diambil kira.
“Kita tidak boleh menjadi defensif tetapi menerimanya sebagai satu nasihat untuk mengatasi masalah. Ia pasti satu peringatan yang kukuh kerana ia keluar dari mulut seorang Gabenor Bank Negara,” katanya.
Pada Isnin, Zeti menyatakan orang ramai mempunyai hak untuk mendapatkan jawapan mengenai kontroversi syarikat pelaburan milik negara 1MDB serta penderma RM2.6 billion yang disalurkan ke akauan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zeti dalam ucapan beliau semasa forum itu juga menegaskan bahawa 1MDB merupakan faktor yang mempengaruhi penurunan nilai Ringgit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan