HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 September 2015

TH kumpul maklumat jemaah di Mina

 
Ia dilakukan bagi memudahkan pihak TH mengesan kedudukan jemaah di sana.


mina


PETALING JAYA: Tabung Haji (TH) sedang mengumpul maklumat bagi mengesahkan sama ada jemaah haji Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan yang berlaku di Mina.

Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan pihaknya sedang menjalankan pengiraan jumlah jemaah Malaysia yang berada di sana.

“Berdasarkan jumlah itu, ia akan memudahkan kami untuk mengesan kedudukan jemaah Malaysia.

“Kami masih berkomunikasi dengan kumpulan petugas haji di sana yang diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama jemaah haji Malaysia di sana.

“Kejadian baru beberapa jam berlaku dan kami tidak mahu memberi maklumat tidak tepat kerana ia sesuatu yang sensitif,” katanya yang dipetik daripada portal itu.

Menurut Abdul Azeez sebaik maklumat terkini diperoleh, TH akan memaklumkan semua pihak terbabit termasuk keluarga dan media tempatan.

Tiada ulasan: