THE RAKYAT POST
Dr Mahathir mendakwa,
Najib tidak mengkaji implikasi TPPA sepenuhnya dan jika ada sekalipun,
dasarnya adalah untuk berkawan dengan orang Amerika.
KUALA LUMPUR, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan kepentingan
negara, demi mengekalkan persahabatan dengan Amerika Syarikat (AS),
melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Bekas Perdana Menteri berkata, TPPA
hanyalah “alat” untuk AS memasuki pasaran dan menimbulkan “masalah” di
mana sahaja mereka pergi.
“Anda lihat ini di Timur Tengah dan
tempat-tempat kain. Mereka mahu datang ke Malaysia juga, tetapi ketika
pentadbiran saya, saya tolak pendekatan mereka.
“Ketika zaman saya, tumpuan dalam dasar
luar adalah untuk mesra dengan semua negara. Tetapi secara khususnya,
kami beri tumpuan kepada negara-negara kecil, negara-negara membangun,”
katanya dalam satu temu bual dengan The Diplomat, baru-baru ini.
Berhubung keputusan Malaysia untuk menandatangani TPPA, Dr Mahathir berkata, dasar Najib adalah untuk berkawan dengan AS.
“Beliau tidak mengkaji implikasi sepenuhnya. Jika ada sekalipun, dasarnya adalah untuk beramah dengan orang Amerika.
“Jadi, beliau sedia mengetepikan
kepentingan negara, demi mahu berkawan dengan Amerika dan menurut
idea-idea orang Amerika,” kata Dr Mahathir.
Isnin lalu, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan,
Malaysia telah merumuskan rundingan TPPA yang diadakan di AS, tetapi
hanya akan menandatangani perjanjian itu, selepas mencapai keputusan
kolektif.
Jelasnya, rundingan itu bersetuju untuk
mempertimbangkan hampir semua kebimbangan dan sensitiviti yang
dibangkitkan Malaysia, seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan
milik negara dan Bumiputera.
Mustapa turut memberi jaminan kerajaan akan mengadakan rundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan serta orang awam.
Ada di kalangan pakar ekonomi yang
menyambut baik perjanjian itu, namun berkata, masih banyak persoalan
yang belum dijawab, sementara menunggu teks TPPA dimuktamadkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan