HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Oktober 2015

Warga asing amuk kerana isyarat lucah pemandu Myvi

Wanita di dalam kereta tersebut didakwa menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari hingga menimbulkan kemarahan kepada warga asing terbabit.


warga-asing,-isyarat-lucah,-tukar-lorong


PETALING JAYA: Satu rakaman menunjukkan pertengkaran membabitkan seorang warga asing dengan pemandu Myvi warga tempatan tersebar di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, pada Ahad (semalam).

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam laman sosial Friends of BN- Barisan Nasional, warga asing terbabit ‘naik angin’ apabila wanita yang duduk bersebelahan pemandu di dalam kereta berkenaan didakwa menunjukkan isyarat lucah padanya.

Menerusi percakapan pada visual yang dirakam wanita berkenaan, warga asing itu turut menyatakan dia telah memberi isyarat untuk menukar lorong.

Bagaimanapun, ia tidak diendahkan oleh lelaki yang memandu kereta terbabit sehingga menyebabkan mereka hampir bergesel.

Malah, menambahkan lagi kemarahan warga asing itu apabila penumpang wanita itu dikatakan terlebih dahulu menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari.

Akibatnya, berlaku pertengkaran antara pemandu kereta terbabit sebelum warga asing itu bertindak memecahkan cermin kereta lelaki itu.

“Saya menunggang motosikal dan awak begitu hampir melanggar saya, saya beri laluan guna isyarat lampu tapi awak balas dengan isyarat lucah?

“Perkara ini tidak akan berlaku jika dia (wanita terbabit) tidak menunjukkan isyarat lucah kepada saya,” kata warga asing itu dalam nada tinggi.

Tiada ulasan: