SM AMIN
Ahmad Zahid berkata, SPRM
sudah mengenal pasti penderma dana itu dan Bank Negara juga dimaklumkan
mengenai pembukaan akaun itu. - Foto arkib TRP/ Wan Kah Hoong
KUALA LUMPUR, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjawab segala persoalan berhubung dana politik sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Ahmad Zahid menegaskan, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Ogos lalu telah menjelaskan,
wang yang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak itu bukan daripada
dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kerajaan dinasihatkan Peguam Negara,
kenyataan yang dikeluarkan tidak wajar diberi, kerana perkara itu masih
dalam siasatan agensi berkaitan.
“Namun begitu, SPRM juga sudah mengenal
pasti penderma dana itu. Bank Negara juga dimaklumkan mengenai pembukaan
akaun itu,” katanya di Dewan Rakyat.
Menurut Ahmad Zahid, kenyataan yang
dikeluarkan itu boleh dianggap subjudis dan menjejaskan perjalanan serta
mendatangkan prejudis orang awam terhadap pihak yang menjalankan
siasatan.
“Dalam
sistem demokrasi, amalan derma politik dibenarkan dan diamalkan
pembangkang. Jangan pura-pura pembangkang tidak perlu derma, sebab ini
bukan perkara baru,” katanya.
Jelas Ahmad Zahid, Perdana Menteri telah
mencadangkan pembiayaan dana politik dikawal selia sejak 2009, di mana
pada 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menyarankan parti
politik menandatangani ikrar dana politik.
“Bagaimanapun, saranan Perdana Menteri
berhubung pembiayaan dana politik ditolak pembangkang. Sehingga kini,
tidak ada undang-undang khusus pembiayaan politik (digubal).
“Isu ini dapat perhatian umum. Tahun ini,
kerajaan ketengahkan cadangan asal, kawal selia dana politik dengan
menubuhkan jawatankuasa konsultatif, ambil pandangan semua pihak,”
ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan