HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Disember 2015

Beri pandangan negatif saja pada sultan, tegur NGO

 Koh Jun Lin


 

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menggesa Menteri Besar Johor Khaled Nordin menyampaikan kebimbangan industri vape kepada sultan negeri itu.

Walaupun akur pada larangan sultan terhadap penjualan vape di negeri itu, IKHLAS berharap pandangan pelbagai pihak perlu diteliti dahulu.

“Sekarang yang disampaikan kepada sultan semua negatif. Sultan pun ada komen, ada terima e-mel.
“Itu pandangan segelintir rakyat. Itu mungkin orang yang tidak menghisap rokok dan tidak menghisap vape.

“Tetapi kita perlu mengambil kira pandangan peniaga,” kata Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah.

Beliau mengingatkan bahawa Khaled harus berdepan dengan orang ramai apabila tiba pilihan raya akan datang.


Tiada ulasan: