HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Disember 2015

Zahid: Jangan salahkan Najib kerana terpalit ‘najis lalu’

 
Beliau mahu rakyat sedar kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini adalah kesilapan keputusan-keputusan yang dibuat pemerintah sebelum Najib Tun Razak


zahid-najib


KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini tidak seharusnya menyalahkan sepenuhnya kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan kenaikkan kos sara hidup.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang berlaku sekarang adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan yang dibuat sebelum ini.

Tanpa menyebut siapa namun dipercayai kenyataan Zahid ditujukan kepada pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Disebabkan najis yang terpalit dulu, jangan salahkan kita sepenuhnya, walaupun bukan 100 peratus kita kena faham, mahasiswa nakkan tadi supaya ada diskaun kad untuk ERL, cuma semua harus faham bahawa kalau rombak, kita terpaksa bayar puluhan ribu sebab melanggar perjanjian konsesi.

“Malah perjanjian konsesi tol juga saya kira ia adalah berat sebelah, cuma pada hemat saya kita harus berdamai dan capai persetujuan, asalkan kita bersatu dalam bersetuju untuk bersetuju, bersetuju untuk tidak bersetuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Resolusi Deklarasi Prioriti 2016 ‘Ekonomi Keutamaan Kita’ pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zahid berkata beliau tidak bermaksud mahu menunding jadi kepada sesiapa, sebaliknya mahu rakyat sedar akan perkara sebenar dan menilai kembali pada setiap tuduhan yang dilempar pada kerajaan.

“Saya tidak mahu menyebut nama apatah lagi saya mahu menyalahkan siapa.

“Inilah legasi yang terpaksa ditanggung, bukan nak lempiaskan, bukan kita nak menolak ketidaktanggungjawaban, tapi ini akibat daripada kebersamaan apa yang diputuskan dulu.

“Sekarang kita lunaskan kebertanggungjawab tapi rakyat jangan salahkan kita dan memuji kerajaan yang dulu sahaja, cuma kita kena tanggung risiko bersama apa yang kita sedang lakukan sekarang,” katanya.

Tiada ulasan: