HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2015

Jakim nafi lemak babi dalam minuman Fanta

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan dakwaan bahawa minuman gas berjenama Fanta mengandungi lemak babi.

Dalam Facebooknya, bahagian hab halal Jakim memuat naik sebuah poster minuman itu dengan tulisan "palsu" dan kapsyen menjelaskan bahawa minuman itu mendapat pengesahan halal mereka.

"Penjelasan: produk minuman Fanta mendapat pengesahan halal daripada Jakim.

"Rujuk direktori halal www.halal.gov.my untuk semakan lanjut. #yakinihalalmalaysia," tulis Jakim.

Sebuah poster yang memaparkan lima botol minuman Fanta pelbagai perisa menjadi viral.

Ia mendakwa air minuman itu mengandungi karsinogenik (E211 dan E224) dan lemak babi.

Poster itu turut menyatakan bahawa perkara itu diperoleh daripada seorang sarjana Islam Sri Lanka Mufti Mohammed Ibrahim Mohammed Rizwe atau Rizwi Mufti.

Malah, poster itu juga meminta orang ramai supaya tidak memadamnya sebaliknya berkongsi poster terbabit kepada seluruh umat Islam.


Tiada ulasan: