HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2015

Isu #2kerja: Saya sendiri tiada kerja, kata Ku Li

 
Masalah yang kita hadapi sekarang tidak ada peluang pekerjaan.


Ku-li


KUALA LUMPUR: Masalah yang dihadapi rakyat sekarang bukan melibatkan soal dua pekerjaan sebaliknya peluang pekerjaan itu sendiri tidak mencukupi.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ketika menjawab kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Ahmad Maslan supaya rakyat melakukan lebih dari satu pekerjaan.

“Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ketiadaan peluang pekerjaan langsung. Inikan pula minta kita cari kerja kedua bagi tambah pendapatan.

“Macam mana saya nak cari kerja sedangkan satu kerja pun tidak ada sekarang?” sindirnya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusian Pelajar Melayu Mesir, pada Selasa.

Terdahulu, Ahmad Maslan tetap mempertahankan saranan supaya rakyat Malaysia melakukan lebih daripada satu kerja untuk menambah pendapatan.

Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu bagi rakyat yang bekerja sendiri namun bagi yang bekerja tetap, mereka perlu mematuhi peraturan yang telah sedia ada.

Malah cadangannya itu, mendapat kritikan hebat di media sosial apabila menyifatkan kenyataan seperti itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri.

Tiada ulasan: