HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Disember 2015

#2Kerja: Bekerja sendiri tiada masalah

 
Pekerja tetap perlu mematui peraturan sedia ada tetapi yang bekerja sendiri tiada isu untuk melakukan dua kerja


ahmad-maslan-2kerja


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Ahmad Maslan tetap mempertahankan saranan supaya rakyat Malaysia melakukan lebih daripada satu kerja untuk menambah pendapatan.

Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu bagi rakyat yang bekerja sendiri namun bagi yang bekerja tetap, mereka perlu mematuhi peraturan yang telah sedia ada.

“#2kerja. Ada peraturan yang perlu diikuti untuk mereka yang bekerja tetap. Maka patuhilah. Untuk yang kerja sendiri, tidak ada isu,” katanya menerusi Twitter.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian, turut memberikan contoh lain dengan mengambil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“#2kerja. Lim Guan Eng ADUN/MP (Ahli Parlimen)/ CM (Ketua Menteri). Wan Azizah /ADUN/ MP/ Ketua Pembangkang. 3 kerja. Saya cadang kerja yang ada + (ditambah) business online. Marah? tegasnya.

Saranan Ahmad Maslan itu dikritik Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Krishnam yang menyatakan terdapat kajian yang dilakukan, rakyat yang melakukan dua pekerjaan boleh membawa impak negatif.

“Kajian menunjukkan memiliki dua pekerjaan boleh membawa impak negatif keatas kesihatan, produktiviti, dan masa bersama keluarga,” kata Gopal.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin turut mengkritik saranan itu kerana sebagai ahli Kabinet, Ahmad Maslan sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat bukan menambah beban rakyat.

Tiada ulasan: