HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2015

Harith Iskander jelaskan makna 'dua pekerjaan'

Harith Iskander jelaskan makna 'dua pekerjaan'
Salinan paparan perkongsian oleh Harith Iskander.
 
 
PELAWAK, pengacara, penulis, pelakon, jurulatih dan pengarah, Harith Iskander menjelaskan makna sebenar melakukan lebih dari satu pekerjaan dalam sehari.

"Saya adalah seorang pelawak, pengacara, penulis, pelakon, jurulatih dan pengarah. Itu tidak bermakna saya mempunyai 6 pekerjaan. Ini bermakna saya lakukan 6 perkara yang berbeza," kata Harith di Facebook.

"Dalam konteks seorang kakitangan kerajaan anda boleh mengatakan saya memegang 6 jawatan berbeza.

"Pekerjaan adalah sesuatu yang anda lakukan setiap hari sepanjang hari. Jadi bagi seseorang untuk mempunyai dua pekerjaan yang bermakna mereka bekerja minimum 2 x 8 jam syif sehari.

"Itulah 16 jam waktu bekerja. Satu hari," akhiri pelawak tersebut.

Perkongsian dari Harith disambut lebih 30,000 pelayar dan sudah dikongsi hampir 10,000 pelayar yang lain.


Tiada ulasan: