HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2015

Noor Farida tidak layak bercakap soal agama

 
Isu syariah memerlukan seseorang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama kerana jika tersilap cakap ia boleh membawa kepada syirik dan bidaah


ibrahim-ali-G25


KUALA LUMPUR: Jurucakap kumpulan bekas pegawai kerajaan yang menggelarkan diri mereka G25, Datuk Noor Faridah Ariffin tidak layak bercakap soal agama kerana beliau dilihat tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama Islam.

Perkara itu ditegaskan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali apabila diminta mengulas langkah NGO itu yang mendesak kerajaan melabelkan G25 sebagai kumpulan ajaran sesat.

“Persoalan syariah Islam ini sesuatu perkara yang hanya memerlukan orang yang berilmu dan berlatar belakangkan Islam dan ada autoriti mengenai Islam. Kalau G25 yang macam Noor Faridah nak bercakap yang mana latar belakang dia bukan belajar bidang agama, nak cakap mengenai Islam, ini akan jadi masalah.

“Kita memang terbuka, tetapi kita memerlukan orang yang betul untuk bercakap dalam isu ini, sebab ini isu agama dan Islam ini berbeza dengan agama lain, silap cakap boleh jadi syirik, bidaah.

“Kita diajar dalam Islam untuk berhati-hati dalam bercakap perkara yang boleh menjadikan kita sesat. Jadi isu-isu macam ini kita kena tanya pada mufti, kena tanya Majlis Fatwa Kebangsaan dan tokoh-tokoh Islam,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir pada Selasa.

Sementara itu,veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau terbuka untuk meraikan kepelbagaian pandangan melibatkan kumpulan berkenaan.

“Saya terbuka, kalau ada orang bawa pandangan berlainan kita tengok macam mana,” katanya ringkas.

Noor Farida sebelum ini mengesa supaya enakmen kesalahan jenayah syariah yang dianggap ‘menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat’ harus dikaji semula, manakala serbuan khalwat oleh pihak berkuasa agama perlu dihentikan.

Tiada ulasan: