Cadangan Datuk Ahmad Maslan supaya orang ramai melakukan dua kerja membayangkan realiti dihadapi rakyat di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Meskipun cadangan itu menghiris hati rakyat, tapi ia adalah satu pengakuan realiti semasa oleh seorang ahli parlimen Umno.
"Bagi PAS, sebelum mencadangkan langkah-langkah yang
patut diambil oleh rakyat untuk mengatasi kemelut ekonomi, elok lah
kerajaan dipimpin Umno memandang cermin terlebih dahulu dengan mengambil
pelbagai tindakan segera untuk kurangkan kos sara hidup.
"Rakyat perlu dibebaskan daripada menampung kerajaan yang
'high maintenance' kerana sikap perbelanjaan pemimpinnya yang boros,
membazir dan tidak ekonomi," katanya pada kenyataan media.
Sehubungan itu Tuan Ibrahim menyenaraikan beberapa
cadangan yang boleh dilakukan kerajaan untuk mengatasi kemelut ekonomi
dan antaranya dengan mengurangkan saiz kabinet.
"Menteri dan Timbalan Menteri yang sering memberikan
cadangan kontroversi boleh dibuang agar pembelanjaan mengurus kerajaan
dapat dikurangkan," kata Tuan Ibrahim.
Selain itu, beliau juga mencadangkan potongan gaji
sebanyak 20 peratus bagi menteri dan timbalan menteri agar mereka
memahami keperitan mencari pendapatan dengan melakukan 'dua kerja'.
Katanya, kerajaan perlu menyemak kembali peruntukan besar untuk Jabatan Perdana Menteri dengan mengurangkan kakitangan kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri dan menyalurkan peruntukan itu ke sektor pendidikan.
Katanya, kerajaan perlu menyemak kembali peruntukan besar untuk Jabatan Perdana Menteri dengan mengurangkan kakitangan kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri dan menyalurkan peruntukan itu ke sektor pendidikan.
"Jabatan Perdana Menteri juga harus menghentikan
kewujudan agensi baru dan syarikat milik kerajaan yang baru dan misteri
yang mempunyai fungsi bertindih dengan agensi kerajaan sedia-ada untuk
disalurkan dana dan kerajaan juga perlu menamatkan jawatan duta khas
bertaraf menteri kerana ini jawatan bertindih," katanya.
"Cadangan-cadangan ini tidak susah dilaksanakan. Yang
diperlukan hanyalah keikhlasan, kesungguhan dan komitmen kepada
‘ciri-ciri tatakelola kerajaan yang baik’ atau good governance,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan