RAWANG: Seorang pemandu treler maut selepas kenderaannya terlanggar
sebuah lori tanah di Kilometer (KM) 453 Rawang Selatan berhampiran
Hospital Sungai Buloh arah selatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 pagi di Lebuh Raya
Utara-Selatan (PLUS) itu, mangsa yang dikenali sebagai Suthirvanan, 31,
maut akibat tersepit berikutan pelanggaran berkenaan.
Memetik laporan Berita Harian Online, kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan sepanjang enam kilometer.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor
berkata, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dari Balai Bomba
Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada
jam 6.35 pagi.
"Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu treler dikatakan gagal
mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang sebuah lori tanah sebelum
berlaku perlanggaran kecil dengan empat kenderaan lain di hadapan.
"Pemandu treler yang tersepit di tempat duduk pemandu disahkan
meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala pemandu lori tanah
cedera dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan