HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Disember 2015

(GAMBAR) Laut bertukar merah angkara bauksit

(GAMBAR) Laut bertukar merah angkara bauksit
VIRAL  Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan memberi kesan terhadap Pantai Beserah di Kampung Batu Hitam apabila air laut bertukar menjadi merah hari ini. - Foto Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) 

BY: RAJINA DHILLON


KUALA LUMPUR,  Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan memberi kesan terhadap Pantai Beserah di Kampung Batu Hitam apabila air laut bertukar menjadi merah hari ini.

Penduduk tempatan sempat berkongsi gambar-gambar ‘laut merah’ yang dimuat naik di Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) sejak pagi tadi, yang menunjukkan perubahan dalam warna yang dikatakan berlaku apabila hujan lebat.

Seorang ahli kumpulan itu, Afdillah Black Stone, menjelaskan secara ringkas bahawa senario itu dapat dilihat selepas hujan yang berlaku semalam di Kampung Batu Hitam.

“Masa Musim tengkujuh dulu2 … aku gan arwah bapak Turun kat pantai menjala ikan belanak Atau ronda pantai Sepanjang Mencari siput sedut … skrg hampeh,” tulis Afdillah.

Ahli-ahli lain juga turut berkongsi gambar sambil melahirkan rasa sedih di sisi laut yang berubah warna.

Tiada ulasan: