Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd Ghani ditahan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia sebaik sahaja hadir untuk memberi keterangan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini.
Setiausaha Agungnya, Sivarajan Arumugan berkata Khairul dikepung sepasukan polis Jumaat lalu ketika hadir dalam satu forum di Kuala Terengganu.
Bagaimanapun,
selepas berunding dengan pegawai penyiasat yang terlibat Khairul
diminta hadir ke ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman untuk memberi
keterangan.
Namun, sebaik sahaja tiba di IPD Bukit Aman sekitar jam
9.00 pagi Khairul dimaklumkan bahawa kes tersebut dipindahkan ke IPD
Dang Wangi.
"Jumaat lalu Khairul telah dikepung dalam satu forum di
Kuala Terengganu namun selepas berbincang beliau bersedia untuk hadir ke
Bukit Aman bagi membantu siasatan.
"Tetapi, pagi ini Khairul telah dimaklumkan bahawa beliau
akan ditahan, katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Dang
Wangi.Mengulas lanjut, Sivarajan berkata pihaknya tidak dimaklumkan Khairul ditahan atas kesalahan apa.
"Kita tidak diberitahu atas kesalahan apa dan siasatan yang dijalankan ke atas Khairul," kata Sivarajan.
Sehubungan itu, Sivarajan berkata buat masa ini pihaknya
bersama-sama peguam Khairul akan menunggu tempoh 24 jam dan berharap
supaya Khairul dilepaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan