HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2015

'Kalau perjanjian zaman Nabi Adam pun, kita kena tanggung'

Shakira Buang


 


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya menyalahkan kerajaan terdahulu dalam isu pemberian kontrak penswastaan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zahid semalam yang berkata orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan sedia ada terhadap kontrak penswastaan yang dibuat di era kepimpinan sebelum ini.
“Perjanjian tetap perjanjian, tak boleh nak salahkan siapa pun.

"Kalau perjanjian di buat pada zaman Nabi Adam, kena kita tanggung sekarang pun, jadi tak boleh nak salahkan orang lain," kata Tengku Razaliegh dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, anggota Parlimen Gua Musang itu berkata setiap pemimpin negara perlu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul.

“Kita diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah, dan kita mesti cuba menyelesaikan masalah berkenaan, tetapi kalau sudah ada dalam perjanjian maka terpaksa kita patuh kepada apa yang telah diterima dan dipersetujui oleh kita," tambahnya

.

Tiada ulasan: