Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (PESAKA) yang menganjurkan demonstrasi jalanan ‘baju merah’ pada 16 September lalu telah diberi peruntukan hampir RM3 juta sepanjang tempoh lima tahun lalu.
Kementerian Belia dan Sukan mengesahkan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Pesaka sejak lima tahun yang lalu.
PESAKA mencuri tumpuan selepas ia mendakwa sebagai penganjur demosttrasi ‘baju merah’ yang dihadiri kira-kira 30,000 peserta bagi menyaingi perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan pada pada akhir Ogos.
Bantahan itu didalangi pemimpin Umno tetapi parti itu menafikannya dan Pesaka digunakan sebagai pertubuhan yang bertindak sebagai penganjur 'rasmi'.
Demo itu dicemari keganasan apabila peserta ‘baju merah’ cuba merempuh masuk ke Jalan Petaling sehingga memaksa polis untuk menyuraikan mereka dengan menggunakan meriam air.
Khairy yang juga adalah ketua pemuda Umno berkata mereka yang bertanggungjawab juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan.
Timbalan menterinya, Datuk M Saravanan mengesahkan bahawa kementerian telah menghantar surat kepada Pesaka meminta penjelasan mengapa pertubuhan itu terbabit dalam penganjuran demonstrasi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan