HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Disember 2015

Cambah ilham berkarya, Adun KKB martabatkan seni dan budaya

10603994_10153523666439580_5036993371112130025_o

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA KUBU BARU : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baru (KKB), Lee Kee Hiong komited memartabat seni dan budaya melalui penganjuran program membabitkan penyair, bahkan Sasterawan Negara (SN).

Katanya, pelaksanaan program seumpama itu perlu bagi menyuburkan kecintaan masyarakat terutama penduduk tempatan terhadap seni dan budaya yang seringkali dipandang sepi masyarakat moden.

Menyifatkan KKB sebagai kawasan indahi, beliau berharap lebih ramai karyawan dapat memanfaatkan daerah itu sebagai destinasi pencambahan ilham seterusnya melahirkan karya hebat.

“Saya menyeru karyawan di Malaysia supaya datang KKB untuk merasai sendiri suasana permai dan mengambil peluang untuk melahirkan karya yang baik,” katanya kepada Roketkini.

1470109_10153523666289580_2344309193802605067_nMinggu lalu, Kee Hiong memberi sokongan padu terhadap dua program anjuran Persatuan Sejarah KKB dan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) membabitkan dua Sasterawan Negara selain beberapa penyair terkenal.

Oktober lalu, berlangsung penganjuran Seni dan Masyarakat: Tiga Hari bersama SN A Samad Said manakala hujung minggu lalu diikuti acara dua hari bersama penyair terkenal, Prof Dr Siti Zainon Ismail.

Acara itu mendapat sambutan hangat dengan dihadiri SN Muhammad Haji Salleh dan beberapa penyair lain, malah Kee Hiong turut mendeklamasi sajak Li Qing Zhao yang diterjemah ke bahasa Melayu pada penutupan program berkenaan.

Selain karyawan tempatan, ia turut dihadiri penyair dari Medan, Sumatra Utara Zulkarnain Siregar yang menghadiahi Kee Hiong dua buku sajaknya.

Justeru, Kee Hiong berhasrat meneruskan program seumpama itu sekurang-kurang sekali dalam dua bulan bagi menyemarakkan lagi kecintaan masyarakat terhadap seni dan budaya. -Roketkini.com


Tiada ulasan: