GLOBAL l Banda Aceh di Indonesia hari ini mengeluarkan larangan kepada penduduknya daripada meraikan malam tahun baru 2016 lapor media tempatan.
Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang Islam yang merupakan antara syarat perjanjian damai dengan kerajaan Jakarta pada 2005 untuk menamatkan konflik pemisah yang berlarutan hampir sedekad.
"Ia adalah dilarang untuk orang Islam untuk meraikan Tahun Baru Kristian," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Zainal Arifin yang dipetik oleh laman web Tempo.co.
Beliau menambah bahawa orang Islam di Aceh hanya perlu meraikan tahun baru Islam yang dikira dengan berdasarkan kalendar lunar.
Dakwanya, sambutan tahun baru pada Khamis ini, dengan pertunjukan bunga api, meniup trampet atau sembahyang adalah tidak mematuhi budaya Islam di wilayah itu.
Pihak berkuasa Banda Aceh juga mengharamkan umat Islam daripada mengambil bahagian dalam sambutan Krismas pada minggu lalu.
Satu larangan yang sama juga telah dikuatkuasakan tahun lalu di wilayah ini yang penduduknya berpegang kuat dengan ajaran Islam.- dpa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan