shahbudindotcom
Dalam
janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan
setiausaha UMNO bahagian seluruh negara pada tarikh tersebut, Najib
memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum
akhir tahun 2015 ini.
Tetapi,
selain daripada penjualan Edra Energy kepada syarikat China yang
menyebabkan negara hilang aset berharga, tiada apa-apa yang ternampak
dilakukan untuk menyelesaikan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu.
Bila lagi isu hutang 1MDB yang menimbulkan kritikan ramai dan misteri itu mahu diselesaikan?
Apakah ketua-ketua penerangan dan setiausaha-setiausaha UMNO bahagian seluruh negara masih ingat dengan janji Najib itu?
Apakah jika tiada janji dan jaminan yang dibuat Najib itu, mereka masih sedia memberi sokongan kepadanya?
Atau
adakah maksud "selesai" itu hanya kerana berjaya memecat Muhyiddin
Yassin, Shafie Apdal, Ghani Patail, melantik orang pilihannya sebagai
Peguam Negara yang baharu, merombak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
dan melakukan kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang melakukan
penyiasatan terhadap 1MDB yang sarat hutang itu?
Di
hari terakhir 2015 ini dan sebelum memasang azam atau menaruh sebarang
harapan baharu untuk tahun 2016, jika janji yang satu ini dapat
ditunaikan, tentunya ia sudah cukup memadai buat kita semua, walaupun
Najib turut memungkiri banyak janji lainnya, terutama ketika kempen PRU
13 lalu.
Bagaimanapun,
kiranya janji yang satu ini tidak juga mampu ditunaikan sebelum
tenggelamnya detik 12 tengah malam 31 Disember ini, bermakna tiada apa
lagi yang boleh diharapkan kepada Najib seawal bermulanya hari pertama
tahun 2016 nanti.
Sudah
tentu, selain rakyat biasa, Najib telah mengecewakan kelompok pimpinan
dalam UMNO sendiri dengan pemungkiran janjinya yang pernah dibuatnya
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan