HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Disember 2015

MH132 terima dua laluan berbeza - MAB

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Penerbangan MH132 Malaysia Airlines dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur yang dilaporkan menuju haluan yang salah pada 24 Disember lalu, menerima dua laluan berbeza, kata Malaysia Airlines Bhd.
 
Menurut kenyataan syarikat itu malam tadi, MH132 diberikan pelan penerbangan terbaru oleh Pusat Dispatch Operasi (ODC) sementara Menara Kawalan Trafik Udara Auckland (ATC) telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal.
 
Bagaimanapun menurut syarikat penerbangan itu kedua-dua laluan mengikuti haluan penerbangan yang disahkan dan pesawat berkenaan mempunyai minyak yang cukup untuk kedua-dua laluan.
 
Syarikat penerbangan itu menyatakan pelan penerbangan bagi setiap penerbangan disediakan berdasarkan keadaaan pada masa berkenaan meliputi hal seperti cuaca, sebarang notis trafik udara serta tahap kecekapan laluan.
 
"Sekali-kali tidak ada tolak ansur bagi keselamatan penumpang dan kru pada sebarang masa," katanya.
 
Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines kini sedang menjalankan siasatan perkara berhubung penyerahan pelan penerbangan itu.
 
The New Zealand Herald hari ini melaporkan juruterbang penerbangan MH132 melahirkan perhatian beratnya lapan minit setelah berlepas bila pesawat Airbus A330 itu diarah terbang lebih jauh ke selatan daripada pada biasa.
 
Kejadian itu berlaku ketika pesawat itu berlepas pada 2.23 pagi Hari Krismas (9.23 malam waktu Malaysia menjelang Krismas), kata kenyataan itu.
 
 

Tiada ulasan: