HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Disember 2015

Saranan ‘dua kerja’ bukti BN tak fahami derita rakyat

SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09


Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPURS: Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkaitan ‘dua kerja’ membuktikan lagi kerajaan UMNO-BN gagal memahami kesusahan dan derita rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup tinggi.

“Kenyataan Ahmad Maslan hanya melambangkan gagalnya pihak kerajaan dalam menyelami permasalahan dihadapi rakyat bawahan yang terpaksa bergelut setiap hari untuk survival mereka,” kata Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Johor, Sheikh Omar Ali kepada Roketkini.

Beliau berkata, kenyataan ‘bodoh sombong’ itu tidak harus keluar dari mulut seseorang yang bergelar menteri dalam menangani isu masalah rakyat hingga terpaksa menghadapi situasi seumpama itu bukan kerana mahu menjana lebihan pendapat, sebaliknya demi menampung kos keperluan harian yang semakin tinggi.

“Dengan keadaan ekonomi negara kini, rakyat terpaksa bekerja lebih kerana hendak memenuhi kos keperluan harian yang semakin menekan, bukannya untuk memiliki lebih pendapatan ‘boleh guna’,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Maslan membuat kenyataan beliau melakukan lebih satu pekerjaan iaitu Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO dalam satu masa di tengah-tengah ketidakstabilan ekonomi sebagai perkara ‘biasa’.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai memalukan, Sheikh Omar berkata Ahmad Maslan patut memberi saranan berguna dan bukannya memberi kenyataan seumpama itu kerana ia tidak bersesuaian dengan tugasnya sebagai menteri.

“Ahmad Maslan memiliki tanggungjawab dalam skop kemampuan selaku ahli kabinet, tentang apakah polisi dan langkah drastik yang boleh dilakukan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

“Responlah atas kapasiti seorang menteri, bukannya menghambat rakyat dan memulangkan paku buah keras kepada rakyat,” katanya sambil menambah bebanan itu seharusnya tidak wajar dipulangkan kepada rakyat dengan mengerah mereka melakukan kerja lebih masa. – Roketkini.com


Tiada ulasan: