SHAH ALAM,  Sekumpulan penjenayah nekad membawa lari mesin juruwang automatik (ATM) menggunakan lori, di sebuah stesen minyak di Seksyen U16, Denai Alam, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, kira-kira enam lelaki yang menaiki sebuah lori tiga tan menghampiri stesen minyak itu, sebelum menarik keluar ATM berkenaan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, dua pekerja warga Bangladesh sedang bertugas di stesen minyak itu, namun mereka menyembunyikan diri, kerana bimbang dicederakan.

Menurutnya, kejadian berlaku dalam tempoh 15 minit, sebelum suspek melarikan diri.

“Siasatan sedang dijalankan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana samun berkumpulan.