Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab sebentar tadi selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman tersebut.
Pada 28 Ogos lalu, Ainina, 40 memfailkan saman itu melalui Tetuan Haniff Khatri turut menamakan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan kedua.
Melalui penyata tuntutannya, Ainina mendakwa Najib sebagai pemegang amanah konstruktif Umno telah melanggar Perlembagaan Umno dan peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966.
Selain itu Ainina mendakwa, Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah bertindak pecah amanah dan melanggar kepercayaan yang diletakkan kepada beliau sebagai pemegang amanah konstruktif Umno.
"Najib atau Majlis Tertinggi Umno telah bertindak ultra vires dan melakukan 'fraud' terhadap ahli Umno,"dakwanya.
Sehubungan itu beliau menuntut perintah injunksi agar tindakan disiplin diambil terhadap defendan ganti rugi dan kos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan