Ia amat menakutkan khususnya bagi umat Islam, terutamanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang memutuskan peruntukan dalam enakmen jenayah syariah Selangor, yang mengehadkan kebebasan bersuara, selari dengan Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang itu.
Azmi merujuk kepada kes ZI Publications dan pengarahnya Mohd Ezra Mohd Zaid, yang memfailkan petisyen pada 2013 mencabar Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Ezra didakwa pada 2013 atas kesalahan di bawah seksyen itu kerana terlibat dalam penerbitan buku “Allah, Love and Liberty” (Allah, Cinta dan Kebebasan) yang ditulis Irshad Manji.
"Dari segi hak asasi manusia, ia sangat berbahaya. Apa yang berlaku sekarang ialah, perlindungan yang kita sepatutnya dapat kini menjadi ilusi," katanya pada satu forum mengenai Islam dalam Demokrasi Perlembagaan hari ini.
Katanya, sejak beberapa dekad yang lalu, keadaannya ialah "hanya satu versi yang betul" apabila berurusan dengan hal ehwal Islam di Malaysia.
Beliau berkata, mereka yang tidak bersetuju dengan versi ini berdepan kemungkinan akan dihukum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan