HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Januari 2016

Spekulasi kedudukan Mukhriz sebagai MB makin rancak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Desas-desus perubahan kepimpinan di Kedah kian rancak selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima mengadap Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
 
Perdana limosin hitam Perdana Menteri dilihat memasuki gerbang masuk Istana beberapa minit sebelum pukul 8 pagi.
 
Sumber Putrajaya berkata taklimat pra-Kabinet tidak diadakan kerana Perdana Menteri perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong.
 
Semua menteri dan ahli Parlimen berada di dalam Parlimen untuk persidangan khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
 
Dalam pada itu mStar memetik sumber sebagai berkata hasil perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan diraja bagi menukar menteri besar akan disahkan melalui pemberitahuan rasmi yang akan disampaikan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
 
Dengan kata lain, lampu hijau mengenai menteri besar yang baharu akan datang daripada Yang di-Pertuan Agong dan bukan daripada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
 
Menurut laporan itu sudah hampir pasti Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan disingkirkan sebagai menteri besar, dengan kemungkinan penggantinya adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
 
Sementara itu, Mukhriz hari ini seperti biasa mengadap  Jemaah Pemangku Sultan Kedah sebelum kembali ke Wisma Darulaman sejurus sebelum tengah hari untuk mesyuarat exco mingguan.
 
Difahamkan, hanya tiga anggota exco negeri yang hadir iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.
 
 
 

Tiada ulasan: