HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Januari 2016

Mohamed Apandi perlu pilih mahu jadi AG atau Lembaga Pengarah TH

SELANGOR KINI

 

SHAH ALAM : Tan Sri Mohamed Apandi Ali diminta memilih sama ada mahu kekal sebagai Peguam Negara atau Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH).

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata ia bagi memastikan tidak wujud konflik kepentingan antara jawatan disandangnya.

“Kebimbangan ini lantaran TH terlibat dalam isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat yang terpalit dalam skandal kewangan serta mempunyai kaitan langsung dengan Perdana Menteri.

12644970_1016613021759700_5052211448606895667_n


“Sekiranya beliau mahu berkhidmat sebagai Peguam Negara, moleklah jika dilepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah TH, dan begitulah sebaliknya,” kata Shamsul dalam kenyataan media.

Katanya, Mohamed Apandi sewajarnya sudah cukup matang dan bijak menjaga integriti dan reputasi institusi beliau wakili.

“Beliau seharusnya menzahirkan contoh dan tauladan baik bagi memastikan wibawa beliau sebagai penjawat awam tidak dipersoal dan diperlekehkan,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Apandi mengumumkan tiada sebarang dakwaan salah laku membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung skandal kewangan membabitkan RM2.6 bilion.

Lebih mengejutkan, pada hari sama, TH turut mengesahkan pelantikan Mohamed Apandi sebagai ahli lembaga pengarah yang baru.EZY


Tiada ulasan: